KG SAYAP KOTA BELUD
blog ini merupakan blog tentang keunikan KG SAYAP yang terletak di daerah KOTA BELUD....
Monday, January 30, 2012
PENGENALAN
KG SAYAP merupakan sebuah kampung yang terletak di daerah KOTA BELUD, terletak 24 KM dari pekan KOTA BELUD. majoriti penduduk kampung ini adalah dari suku kaum dusun (DUSUN TINDAL). Terdapat banyak keunikan yang belum pernah diketahui oleh orang ramai tentang kampung ini. dari sudut keindahan persekitaran, kebudayaan, dan aktiviti tahunan KG SAYAP. ....
Thursday, October 27, 2011
Tuesday, October 25, 2011
CINTA&COUPLE
PERHUBUNGAN
Definisi:
perhubungan adalah interaksi sosial di antara dua individu, ia sangat penting kerana perhubungan ianya akan membentuk kehidupan individu yang lebih bermakna.
Peringkat-peringkat perhubungan:
Definisi:
perhubungan adalah interaksi sosial di antara dua individu, ia sangat penting kerana perhubungan ianya akan membentuk kehidupan individu yang lebih bermakna.
Peringkat-peringkat perhubungan:
- perhubungan bermula dengan minat dan mungkin bertukar menjadi perasaan saling sayang menyayangi atau nafsu.
- sayang-menyayangi melibatkan persahabatan, ikatan dan komitmen ke arah perhubungan yang kekal iaitu ikatan perkahwinan.
- cinta mengikut nafsu pula melibatkan perasaan berahi, tarikan fizikal dan selalunya berakhir dengan kegagalan dalam perhubungan.
perhubungan yang sehat adalah sesuatu yang positif di antara remaja lelaki dan
perempuan,keadaan ini berlaku apabila remaja merasa:
- yakin dan selesa dengan diri mereka sendiri dan pasangannya.
- saling bergembira dan berasa seronok bersama.
- saling percaya mempercayai dan jujur.
- saling menghormati pendapat, perasaan dan kepercayaan orang lain.
- memberi sekongan antara satu sama lain.
- menerima pasangan seadanya.
- dapat menyelesaikan perbezaan pendapat melalui perbincangan.
- memberi kebebasan kepada pasangan untuk membuat keputusan masing-masing.
- tidak cuba menguasai pasangan.
- boleh menyatakan tidak kepada sesuatu yang tidak diingini (termasuk seks)
Perhubungan yang tidak sihat:
perhubungan ini dikatakan tidak sihat apabila wujud perasaan bengis, tidak hormat,
mengongkong atau terdapat penderaan dalam perhubungan tersebut, contoh:
- suka memaksa anda mengikut kehendaknya dan membuatkan anda takut untuk tidak bersetuju atau menyatakan tidak.
- tidak membenarkan anda berinteraksi dengan orang lain.
- terlalu cemburu.
- sentiasa ingin memeriksa dan ingin tahu aktiviti anda.
- memalukan atau mengkritik anda.
- cuba mencederakan anda atau diri sendiri jika anda ingin memutuskan perhubungan.
- boleh berinteraksi kasar dan ganas terhadap anda, memeras ugut atau mengancam anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)