Thursday, October 27, 2011

KEINDAHAN KG SAYAP....



 TAMAN KINABALU KG SAYAP
  BERIADAH BERAMAI-RAMAI

 AIR TERJUN PELANCONGAN KG SAYAP

 PERAYAAN PESTA MENUAI KG SAYAP

 LOKASI MENARIK DI KG SAYAP

 PAKAIAN TRADISI KG SAYAP (SIRI-SIRI DANCE)

 SUNGAI MALAPI KG SAYAP









Tuesday, October 25, 2011

CINTA&COUPLE

PERHUBUNGAN
Definisi:
perhubungan adalah interaksi sosial di antara dua individu, ia sangat penting kerana perhubungan ianya akan membentuk kehidupan individu yang lebih bermakna.


Peringkat-peringkat perhubungan:


  • perhubungan bermula dengan minat dan mungkin bertukar menjadi perasaan saling sayang menyayangi atau nafsu.
  • sayang-menyayangi melibatkan persahabatan, ikatan dan komitmen ke arah perhubungan yang kekal iaitu ikatan perkahwinan.
  • cinta mengikut nafsu pula melibatkan perasaan berahi, tarikan fizikal dan selalunya berakhir dengan kegagalan dalam perhubungan.
Perhubungan yang sehat:
perhubungan yang sehat adalah sesuatu yang positif di antara remaja lelaki dan
 perempuan,keadaan ini berlaku apabila remaja merasa:

  • yakin dan selesa dengan diri mereka sendiri dan pasangannya.
  • saling bergembira dan berasa seronok bersama.
  • saling percaya mempercayai dan jujur.
  • saling menghormati pendapat, perasaan dan kepercayaan orang lain.
  • memberi sekongan antara satu sama lain.
  • menerima pasangan seadanya.
  • dapat menyelesaikan perbezaan pendapat melalui perbincangan.
  • memberi kebebasan kepada pasangan untuk membuat keputusan masing-masing.
  • tidak cuba menguasai pasangan.
  • boleh menyatakan tidak kepada sesuatu yang tidak diingini (termasuk seks)


Perhubungan yang tidak sihat:
perhubungan ini dikatakan tidak sihat apabila wujud perasaan bengis, tidak hormat, 
mengongkong atau terdapat penderaan dalam perhubungan tersebut, contoh:

  • suka memaksa anda mengikut kehendaknya dan membuatkan anda takut untuk tidak bersetuju atau menyatakan tidak.
  • tidak membenarkan anda berinteraksi dengan orang lain.
  • terlalu cemburu.
  • sentiasa ingin memeriksa dan ingin tahu aktiviti anda.
  • memalukan atau mengkritik anda.
  • cuba mencederakan anda atau diri sendiri jika anda ingin memutuskan perhubungan.
  • boleh berinteraksi kasar dan ganas terhadap anda, memeras ugut atau mengancam anda.